Loading...

Lauk Pantang Foodzyla

Lokasi Perniagaan

No 18, Jalan Impian Makmur 3/A, Saujana Impian, 43000 Kajang, Selangor.





Cara nak sediakan pun mudah saja! Boleh refer di bawah

[ MAKLUMAT PENTING ]


1. Sila pilih kombinasi lauk dan kuah mengikut citarasa anda sendiri. Ini adalah LAUK FROZEN yang perlu disimpan di peti sejukbeku (freezer).


-  11 Pilihan Lauk : Ayam Kampung, Daging, Ikan Bawal Emas, Haruan, Merah, Salmon, Siakap, Tenggiri, Selar, Kerisi dan Belut.
-  14 Pilihan Kuah : Creamy Butter, Masak Lemak Putih, Masak Halia, Percik, Sos Bawang Putih, Sos Marinara, Sup Kurma Merah, Sweet Sour, Tumis Paprik, Rendang, Ungkep, Madu, Bijan dan Air Asam.  
// Masak lemak tidak menggunakan cili. Lauk berkuah kami gunakan susu low fat menggantikan santan.

2. Setiap satu pek adalah portion untuk 1 kali makan.


[ HARGA ]


3. Harga untuk 1 pek hanya  RM27 

4. PAKEJ-PAKEJ TERSEDIA untuk Lunch & Dinner : (1 hari = 2 pek)

- 3 HARI (MINIMUM ORDER) : RM 150 Jimat RM12!
- 7 HARI : RM 350 Jimat RM28!
- 30 HARI : RM 1500 Jimat RM120!

WANG BAKI DISKAUN (JIKA ADA) AKAN DIPULANGKAN SECARA SECARA ONLINE MELALUI BANK TRANSFER SELEPAS JAM 5 PETANG PADA HARI PENGHANTARAN. 
SILA BERIKAN NO ACCOUNT, BANK DAN NAMA DI RUANGAN NOTA.

- PEK SAYUR : RM30 untuk 3 hari (Perlu dihabiskan dalam 3 hari pertama selepas penghantaran)

5. EARLY BIRD DISCOUNT SEHINGGA RM100 UNTUK PEMBELIAN AWAL 30 HARI! SILA RUJUK POSTER DI ATAS.

6. Semua harga TIDAK TERMASUK kos penghantaran.


[ PENGHANTARAN ]


7. Kos penghantaran akan dicaj berasingan melalui WhatsApp. Untuk sekitar KL/Selangor/N. Sembilan akan dilakukan oleh RUNNER (seperti BUNGKUSIT, Grab dsb) bermula daripada RM7.50 dan anggaran RM1 untuk setiap KM seterusnya. Kami akan kira selepas mendapat alamat dan maklumkan kosnya melalui WhatsApp, jika pelanggan bersetuju barulah penghantaran akan dilakukan. Pelanggan boleh bayar terus kos penghantaran kepada penghantar.

8. Penghantaran ke kawasan lain di seluruh semenanjung akan menggunakan bas ekspres dgn caj RM60 yang akan diuruskan oleh pihak kami. Pelanggan perlu menunggu sendiri bas berkenaan (kebiasaannya di hentian bas utama) mengikut tarikh dan masa yang akan ditentukan kemudian.

9. Pelanggan juga boleh mengambil sendiri (self-pickup) di HQ Foodzyla : Saujana Impian, Kajang, Selangor. Sila datang selepas staff maklumkan pesanan telah siap dibungkus.

10. Ahad & cuti umum = tiada walk-in & penghantaran.


[ KAEDAH PENYEDIAAN / PEMANASAN ]

11. Lauk-lauk hanya perlu dipanaskan. Boleh ikut citarasa sendiri samada mahu dikukus, masak sekali atau asing. Atau anda boleh ikut beberapa cadangan kaedah pemanasan di bawah atau di link ini > :  <kaedahpemanasan>

12. Untuk yang order PEK SAYUR, PEK SAYUR SILA SIMPAN DI RUANGAN SEJUK DINGIN (CHILLER) dan perlu dihabiskan dalam 3 hari mengikut turutan berikut :
- Hari Pertama : (1) Sup Sayur & (2) Kerabu Salom
- Hari Kedua : (3) Pegaga Nestum & (4) Sup Lobak Putih 
- Hari ketiga : (5) Sayur Campur & (6) Peria Tumis